Friday, May 29, 2009

Tudung Merah...ye ke?

shitah : pssttt akak, akak mcm patung kat kedai2 tu la..lawa. org suka.


aku : hah?( gelak gelak)..ko mmg suka buat aku gelak tau!

shitah: ye kak..betull...menyerlah..

asal aku pakai tudung merah lilit2 mesti org ckp macam ni..apa pun time kaseh. tu ha , gamba tudung merah. mcm patung eh?mmg org selalu ckp aku ni mcm patung.bentuk muka kecik.nak2 kalau pakai tudung lilit tu lagi ramai yg soka..apa2 jelah ok..enjoyyy...tapi tudung yg arini takde gamba..hp takde kan...--uhuk2..takkan nak beranak lagi soang baru dpt hadiah hp kot..parah lar..penat

Hepi 6th Eniversary Ikin




30hb Mei 2009 Anniversary aku yg ke6.

Alhamdulillah masih kekal kini dan insyaallah selamanya. Abg, i love u.Selamat Ulangtahun Perkahwinan....ni hengat ke tak hengat ni..pangggg!! esok keje kan?.... uwaaaaaaaaa..benci! ye ar aku sorang2 kena jaga bebudak 3 org yg aktif tak dok diam sambil terjerit2 mcm tarzan...argggghh
ni gamba aku kawin dulu...6thn lepas okey...sila la jamu mata...dan kad yg agak2 gold coklat2 gitu....dah tu nak buat kek coklat pun tak reti....-- ngok.

*tak dpt la aku makan free atau satay kat kedai lin tu..igtkan kalau dia coti nak gak g kedai ko tu lin oiii..

Malam Tadi..

SShhhhhhhh!!

Malam tadi kan....kan ...
'
'
'
'
'
'
Malam Jumaat kan?
'
'
'
'
Malam Jumaat semalam buat birthday danish..haha..k bye--ngada2 pulak.

sampai rambut depan dia pun terbakar sbb excited tiup kek..ei geram aku..!! takde gambar sbb hp takdak...


buat jugak la



kali ni kena tag dgn eynda yg cun putih melepak lepuk kulit dia tu
Syarat nak terima syarat ni:
1.pastikan jantina anda perempuan
2.copy award n paste kat blog anda
3.nyatakan 7 sebab kenapa anda bangga jadi perempuan
4.pass award ni kat girlfriend

7 sebab kenapa saya bangga menjadi perempuan/wanita

1. doa perempuan lagi berkat
2.boleh pakai tudung .....itu sudah satu bonus!
3. Boleh dtg bulan .... time tu sah2 x solat
4. Boleh dressing cun2,pakai kasut tinggi,mekap
5. Boleh bersalin dan rasa nikmat sakit bersalinn -- ish mcm nak putus nyawa..adoi sakit
6. jadik awek cun, isteri, mama, nenek
7. pempuan senang dapat pahala...dan MENGGODA (ni kenapa tiba2 setan dtg lak ni.)


ler..7 jer?aku igt nak buat lebih tapi takper la ek..
ni nak bagi kat saper pulak?aku tak reti la nak tag..
jap aku cuba..sori kalau korang dah buat..
1) lin aka marazlin

2) tomatosauce aka maharani


3) Farrah aka momharraz


4) Roxana


5) Nelcyndana


6) no idea --blog aku bukan ramai yg baca pun nuroll


7) ntah - jap aku g semak kat tepi Cik By
yang lelain sok2 ok, next...

jom nyanyi

skrg speaker aku kuar lagu 'kerna sayang'

Setiba di persimpangan

Langkah kita tak lagi sehaluan

Bermula di saat itu

Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini

Tiada yang abadi

Yang patah tumbuhYang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku

Tiada ruang di hati buatmu

Namun harusku akui

Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada

Ada rindu yang datang tiba-tiba

Tak mungkin kerana sayang

Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup iniTiada yang abadi

Yang patah tumbuh

Yang hilang berganti

Kau telah jauh jauh dariku

Tiada ruang di hati buatmu

Namun harusku akui

Ada ketika di minda kau menjelma kembali …
Ooo Ooo Oohh Woo Ohhh Wooo…

apa laga..aku karaoker ler sorang2 dah bos g meeting..jadi opis2mate aku pun dengarlah suara aku yg tak berapa best mcm penyanyi tapi dorang sukerrr..haha " dah lama tak dgr suara ikin.sunyi" --ceh korang bodek ek...aku kan mmg suka bcakap..kalau aku diam dorang igt aku tak ok


kalau aku rasa nak nyanyi sukati2 aku la nak nyanyi lagu aper pun..dorang suka dengar. tapi aku tahu aku takleh jadik penyanyi pongg..sedar diri ni saper.

ha..ckp pasal nyanyi ni kalau aku pegang mikropon tu terus aku takleh nyanyi..ntah apa pasal..nak2 lagi depan laki aku..terus FAILLLLLL..dlm keta time aku dok belakang - (aku kan mem)( he tak la..kena jaga anak)..bukan main lagi aku nyanyi dgn feeling2.

nak2 time tu kat radio keluar lagu yg best dan kena la dgn tema kedinginan aka nak gado aka x puas ati SAH2 la lagu tu aku tujukan kat dia...tgh feeling nyanyi sambil muka tgk luar tingkap tu DAN DAN dia tukar lagu nyanyi lagu MAMAT EXIST iaitu SIAPALAH AKU INI..siut! lagi la aku bengang ok rasa nak je tarik rambut dia..haha..kelakar pun ada gak..dlm hati aku gelak je....

ye ar..aku sibuk nak tujukan lagu tu kat dia..dia pun siboookkkk je..nyampah..
itu adalah salah satu cara aku luahkan cara tak puas ati..ada cara lain lagi...nanti2 citer


Thursday, May 28, 2009

2ndBirthday Danish

Danish, hepi birthday sayang.. dah 2 tahun la dia harini. makin ensem, comel, lasak, pandai, cerdik, etc etc...


salam sayang peluk cium dari mama..muahhhhh
masa tiup lilin mlm tadi abis terbakar rambut dia. bau hangus. ya allah terkejut aku.!!

dia tunduk kemain sambil jilat kek ok..ei danish!


Gemini-- aku ler tu



Nelcyndana, time kasih la bagi kek siber.biarpun tak kenyang tapi cantik dimata dan hati.

terharu aku ko ni. apa pun time kasih. citer pasal kek, aku tak berapa kisah besday aku takde kek. janji org yg tersayang dan dekat igt ari tu okeeeyyy..

bulan 5 ni mmg agak kopak.mana tak kopaknya..dlm bulan 5 ni sekali 3 benda la kalau nak celebrate mmg tak tertahan..

pertamanya : 1) besday aku 23.5
2) besday anakanda aku = denish 28.5
3) eniverasry aku = 30.5 yg ke6 tahun ni--ish kejap je dah 6 thn..mcm x pcaya.

jadiknya beringat2 la tarikh2 ni yer. adiah2 tu belakang kira..<- - itu diri aku ler ha, moh la dah terpesong lak aku ni..aku nak citer pasal gemini...ini mmg diri aku...jom cekidot!!

  1. Keras hati & degil. <- - YA BETUL...10 MARKAH

  2. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. <---YA BETUL, XYAH NASIHAT.SENDIRI PK

  3. Pemikiran yang tajam. <--- AKU RASA AKU MCM LAMPICK--lambat pickup.haha

  4. Mudah marah apabila tidak dikawal.<- - -YA BETUL--KEJAP JE AKU LEH HANGEN

  5. Pandai menarik hati & perhatian orang lain . <- - YE KE?AKU RASA BIASA JE

  6. Perasaan yang amat mendalam. <--OH...YE..TAPI TIDAK..YER...OH O...

  7. Cantik dari segi mental & fizikal. <-- ALHAMDULILLAH...

  8. Tidak perlu dimotivasikan. <--LA, KA KE NO2 ADA MAKSUD SAMA...

  9. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. <-- YA.AKU BOLEH.

  10. Mudah dipujuk. <--HAHA..NI RAHSIA AR

  11. Bersikap sistematik (otak kiri).<-- NTAH. TAPI AKU KIDAL BUKAN OTAK KANAN KE

  12. Suka berangan.<-- NI DAH LAMA HENTIKAN WEI..TAK BERFAEDAH

  13. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.<-NI MMG BETUL AR..JGN TIPU..I TAHU!

  14. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. <-YA AGAK PEKAK.DAN TER'HA?'

  15. Daya khayalan yang tinggi. <--INI AHMAD ALBAB JE YG TAHU

  16. Pandai berdebat.<-- DGN LAKI AKU JE AKU RETI..DGN ORG LAIN TAK KOT

  17. Fizikal yang baik. <--WOAAH.. YE KE..KORANG RASA APER?

  18. Kelemahan sistem pernafasan. <--YE ADA SEMPUT..CEH , X DPT KAVER.

  19. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. <--YE BETUL

  20. Tidak berapa suka duduk di rumah. <--SALAH..PEPANDAI FITNAH EK

  21. Tidak boleh duduk diam. <-NI PUN TAK TEPAT SGT..

  22. Tidak punya ramai anak. <--BAB NI MMG AKU SURENDER DGR BUDAK NANGIS..

  23. Rajin dan bersemangat tinggi. <--YE SAYANG

  24. Agak boros<--TIME BYK DUIT BOLEH LA BOROS..TAKDE DUIT DIAM2 JE
Korangpulak aper?


Tuesday, May 26, 2009

Hepi Besday Kikin


23hb mei dah lepas..tapi apa aku pedulik..itu tarikh harijadi aku yg ke 28..

so ikin, hepi besday to you<--- - - sian ucap kat diri sendiri..

sabtu lepas demam...duduk rumah je tak pergi mana...dan dpt soalan cepumas dari dhia.

dhia : mama..rini besday mama kan?
aku : haah
dhia : bistu kenapa mama tak beli kek?kakak nak makan kek
aku : byk la songeh dah papa ko pun buat donno jo .abis camno?


kalau aku pandai buat kek kan bagus??ni tidak..kek pun x reti buat

dan terimbas kenangan lama yg mana aku dah 11 tahun tak beli kek on my besday la..mmg kebiasaannya aku bawak kek ke sekolah dari aku sekolah2 dulu..best sgt dpt jamu kawan2 makan..teringat aku aroma kek yg menusuk kalbu. aku mcm biasa makan 1 slice je.tak larat lebih2.last time masa form5 ..bawa coffee kek n makan ramai2 dlm kelas.syok wooo..

Jadi, duit tak ada duk diam2 . jgn nak memekak pulak. itula realitinya.huuuuuaaaaaaa

Thursday, May 21, 2009

Penat


uit jumpa lagi...semalam cuti sbb buat kenduri, aku tak la beria tolong..aku ngantuk sbb selasa malam tu aku tak dpt nak tido. dina meragam...jadi ari rabu tu mmg sah2 apply cuti, duk uma mak sbb nak buat kenduri..aku jaga anak jer..buat kerja sket2..yg penat tentu la mak aku, adik au sumer..sian dorang...aku tak reti nak buat kerja kalau bising2.pening paler aku....jenazah baby kebumi mlm tu jugak kat area hulu langat sbb dkt dgn uma baru angah.

ari selasa tu, dlm kul 8mlm jenazah baby pun sampai.ayah yg bawah baby masuk ...berbalut kain putih...ayah pun letak la atas tilam kecik yg dah diaalas bersih oleh mak petang tadi.....mak suro buka tgk....kitorang pun bukak lar..suspen jugak..ni la 1st time dlm family ada kematian...blur jugak nak siap sedia...aku sedih je tgk dia..comel sgt2 muka manis...kaki , betis dia alahai halusnya ada la besar 1 inci je ...yelah 1.5kg beratnyakan...kuning pucat sbb dah tak bernyawa..aku nak cium tapi tak sempat...kena tolong bukak tali pusat tapi aku tak reti nak buka clip tu..mcm susah je..takut dia pun sakit ye gak..aku surrender...lepas mandi, kafankan n comel sungguh dia pakai kain kafan mcm mini telekung..comel. anak aku diam tak cakap apa..cuma dania akak arwah yg nangis beria2 sbb dia tahu itu adik dia n dah takde walau dania umo 19 bulan...ada video arwah minum susu ikut tiub..tapi aku takdela amek utk simpanan. tgk dia minum susu pun mcm terseksa (mungkin dia tak sakit sbb allah syg dia) cuma kita yg tengok tak sampai ati..tiap kali susu sampai perut bunyi dia berdekuk mcm kita sesedu tu...

puas jugak aku belek arwah masa dia sampai kat uma..tgk jari2 dia yg comel, panjang2...berpaut rapat, rambut lebat lurus, idung mancung ikut angah..struktur btg idung tinggi, jari kaki pun panjang2...muka dia agak berisi jugak la...aku rasa kalau dia sihat takde masalah mmg berisi tu. tapi apa nak buat, allah lagi sayangkan dia. kalau dia hidup pun agak merana rasanya. yang pasti dia dah jadi bidadari syurga..



Tuesday, May 19, 2009

Al-Fatihah

Al-Fatihah utk baby angah nur alia danisya ...tadi call rumah nak pesan sedikit dua kata..tapi mak kata baru je angah call ckp baby dah takde..Ya allah...sekejapnya rasa..Allah sayangkan baby..

Sedekahkan Al-Fatihah utk baby angah yer..namanya kin tak tahu..aku rasa sedih la..
k nak balik dah..terlambat balik ni sbb isi borang cuti hrmis..k..bye..

Sindrom PATAU


SALAM...hari ni letih sgt2 sbb semalam menjaga anak2 kat uma mak..bukan apa, mak tak berapa sihat..tambah lagi satu berita sedih dalam family..dlm keluarga takde kejadian ni. setakat asma,sawan tu biasa la dengar ye tak..ni PATAU..ape ni yer...pelik aku dengar
Angah, abg kedua aku baru dpt baby baru ahad lepas... betambah la sorang lagi ahli keluarga kitorang ni..beratnya hanya 1.5kg dan kena tahan kat NICU...keadaan kritikal. Sedihnya baby tu tak sempurna dan ada sindrom PATAU...doktor kata jangka hayat baby ni tak lama..kak ati pulak aku tgk termenung dan muka sembab sbb ubat tahan sakit x serasi...aku rasa mcm nak menangis je depan dia tapi aku kuatkan semangat..sebagai ibu, aku faham perasaan dia dan kalau aku kat empat dia pun aku mmg sedih la..anak kan..walau tak sempurna itu tetap anak..sume dah tertulis.mungkin itu bahagian dorang. bahagian kita tak tahu lagi mcmana ujiannNa.

tadi aku baru je dpt call dari mak, katanya baby tu dah stop breathing sbb dah tak guna oksigen....tapi tak lama lepas tu benafas balik...kesian juga kat mak sbb lepas ni mak kena jaga sil yg operation tu..agak renyah juga la..dina still dgn mak aku cuma danish yg mil aku jaga..- - risau jugak aku dan sini aku juga rasa penat susah nak balik pandan jaya tu...adoiii...

YA ALLAH..kuatnya dugaan yg ko berikan pada angah.angah kawin lewat juga dlm umo 36thn..baru dpt anak sorang, girl..kira ni 2nd baby la....kak ti 29/30 (my sil) bersalin caeserian setelah pecah ketuban..patutnya due nya on 8th jun 09 ni..awal 3 minggu..aku harap dorang tabah..kami sekeluarga hanya mampu bagi sokongan moral..angah murung jugak la..tapi tak la mengeluh. kesian..hanya itu aku dpt ungkapkan...

aku tak tahu apa yg aku patut buat cuma aku bagi semangat kat angah...ada la beberapa ayat penyedap ati yg aku bagi kat angah walaupun doktor dah suruh bwak balik baby tu..kata doktor, budak ni 50-50, elok bawa balik.dorang tak dpt buat apa selain tu....kesian la..baby betul2 tak sempurna seperti jantung berlubang,jantina tak dpt dikenal pasti aku tgk mmg bentuk girl cuma tang belahan tengah tak sempurna..mmg bunga!..keadaan baby agak kritikal skrg ni..baru 3 hari menghadap dunia..alahai..walau pun tak sempurna, makteh tetap sayangkan baby walau tak pernah jumpa lagi...tak sabar nak tgk baby.

ni sedikit info ttg PATAU..



Sindrom Patau, atau dikenali sebagai Trisomy 13 adalah salah satu penyakit yang meibatkan kromosom, iaitu stuktur yang membawa maklumat genetik seseorang dalam bentuk gene. Sindrom ini berlaku apabila pesakit mempunyai lebih satu kromosom pada pasangan kromosom ke-13 disebabkan oleh tidak berlakunya persilangan antara kromosom semasa proses meiosis. Sesetengahnya pula berlaku disebabkan oleh translokasi Robertsonian. Lebih satu kromosom pada kromosom yang ke-13 mengganggu pertumbuhan normal bayi serta menyebabkan munculnya tanda-tanda Sindrom Patau. Seperti sindrom-sindrom lain akibat tidak berlakunya persilangan kromosom, contohnya Sindrom Down dan Sindrom Edward, risiko untuk mendapat bayi yang mempunyai Sindrom Patau adalah tinggi pada ibu yang mengandung pada usia yang sudah meningkat.

Kali pertama Sindrom Patau ditemui oleh Erasmus Bartholin pada tahun 1657. Oleh itu Trisomy 13 juga dikenali sebagai Sindrom Bartholin-Patau. Namun Trisomy 13 lebih dikenali sebagai Sindrom Patau berbanding Sindrom Bartholin-Patau kerana orang yang menemui penyebab berlakunya Sindrom Patau adalah Dr Klaus Patau. Beliaulah yang menemui kromosom yang lebih pada kromosom ke-13 pada tahun 1960, dan beliau adalah seorang pakar genetik berbangsa Amerika yang dilahirkan di Jerman. Sindrom Patau kali pertama dilaporkan berlaku dalam sebuah puak di Pulau Pasifik. Menurut laporan kejadian tersebut mungkin berpunca dari radiasi yang berlaku akibat ledakan ujian bom atom.

Kejadian Sindrom Patau adalah lebih kurang 1 kes per 8,000-12,000 kelahiran. Purata jangka hayat bagi kanak-kanak yang mengalami Sindrom Patau ialah lebih kurang 2.5 hari, dengan hanya satu daripada 20 kanak-kanak yang boleh hidup lebih dari 6 bulan. Namun setakat ini tiada laporan menunjukkan ada yang hidup sehingga dewasa. Abnormaliti yang biasa berlaku pada bayi yang mengalami Sindrom Patau termasuklah:
Bibir sumbing
Mempunyai lebih jari tangan atau kaki
Kepala kecil
Mata kecil
Abnormaliti pada tulang rangka, jantung dan ginjal
Pertumbuhan terbantut

Thursday, May 14, 2009

Thanx luvma


dah lamadah benda ni ...Luvma yg bagi...terima kasih ma......sori ma, lama benar akak nak membuatnya..sibuk ler katakan..sowi eh...
Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.~luvma

apa yg korang nak tahu ek...errmm kojap eh akak nak pikir..
1) Aku ni kidal- org kidal ni katanya kreatif, berseni dan sebagainya..aku rasa ada jugak betul sbb adakala aku ni kreatif dlm aspek2 tertentu..apa dia ? biarlah rahsia...tu aku saja yg tau..t
2) Agak pekak kurang dengar sikit - kecik2 selalu kena penampar... tu lar saper suro tampa.ha skrg kan dah pekak..ape la mak ni..garang benar..- -aku pun kuat menjawab..pang bagi sedas...tak sedor diri... :)
3) Garang-dah mak bapak aku pun garang..jgn salah kan aku..dhia pon komplen..aiyok...bukan dhia je..laki pun komplen..ngeee..sori yang- -jiran mesti igt aku dera anak punyer sbb POWER MULUT ku ini amat la dahsat...mulut je gerak..tangan tidak..aku dulu aper yg tak pernah kena..? hanger?tali pinggang? rotan..lagi aper..chakappppp....sume dah rasa tawww
4) Penakot- - aku tak suke citer hantu sbb teringat2 kalau aku dgn anak2 je kat uma..nak amek kat bawah tu pun aku mesti ajak anak aku turun sekali - - pecah rahsia..
5) Pakwe sorang je- -bagus tak playgirl...sbb tak reti nak pasang pakwe ramai2..mmg series aku tak reti la ..last2 pakwe aku plak yg jalan dulu..ninggal ok...meninggal tuuuu...ada berani? yes itu la kali pertamanya dari PENAKUT jadik BERANI masuk bilik mayat hukm...meraung wei masa dpt phone call dari adik arwah kata abg dia dah takde...mcm dlm drama yg RESTU MERTUA sabtu lepas ..mcm tu la kaedahnya si elly mazlein meraung dlm phone dgr laki dia kena langgar..tapi dlm kes aku nih, adik arwah yg call guna hp abg dia..aku lak confuse pesal pulak la suara lain siap nangis2 nak ckp dgn aku....mmg MERAUNGGG SIUTTTTT...tak hengat punya.
cisss sadisss..dah ar..citer lama 8thn lepas...
6) aku ni pilihan mertua...lepas arwa ninggal, singgle 3 bulan je n terus kenal laki aku tru mil aku . kemain dia tak sabar2(laki aku la kan)...kenal 2 minggu terus merisik, 4 bulan lepas tu betunang..1 thn patu kawin..sib baik mertua i spoting u..so abg?nyesal tak kawin dgn kin ? aper?tak dgr....ulang sekali lagiiii
7) romantik sebenarnya tapi dah dpt laki tak berapa romantik, jadinya hampeh la kedua2 ni..takleh nak feeling lebih2...hahaha...nasib ko la bang..ko yg ajar aku mcm ni kan..so jgn byk komen!..dulu time mula2 tu sekejap2 sms sampai aku tak sempat nak g kencing..skrg haram nak sms..benci aku..ini mcm hp ilang pun aku tak kisah..tapi dia pulak sibuk2 tanya bila nak guna hp balik...pirrrrahh mabuk...- - bagus jugak hp ilang baru tahu tahap sayang dia mcmana..ceh!
8) faveret word - sepak aka lempang or tampar ..contohnya " aku sepak kang"
9) nama timangan yg tak boleh aku lupa ISABELLA-- dulu pernah ada org panggey"isabella"
akupun tak tahu apa la motif abg tu tau..now abg tu dah pindah mana ntah.
10) tak kisah brg branded ke aper..janji cun boleh dibawak melaram...janji konfiden..

aku tak reti nak tag2 org....sekian

montoxx- - bukan salah aku....


'bukan salah aku ....dengan semua ini'
(mcm lagu ella la pulak)

"kin, ko jalan tu jangan la melentik dan mendada, akak tak tahan.." ujar kak ijam...
terus berderai ketawa makcik2 kat opis ni..

cop...!!aku bukan mendada okeh..dah mmg body aku lentik semulajadi... *perut buncit gak..
wahai kak ijam, bukan pintaku lahir sebegini dgn asset bontot ala j-lo dan mempunya body yg agak montok....dikenakan pulak baju kurung moden oren aku arini.. mmg terserlah la aset aku ni..abesssss dah badan aku naik 3 kilo...harus la baju ni ketat kak oiiiii

*gambar?tiada melainkan ehsan tadi ada opismate snap gamba aku jap g okesss... tunggu nak upload je...smpai skrg tak dibaginya gambar..tgk jelah gamba baju ijau .

*sampai je kat meja aku , terhidang sudah 1plate nasik goreng telor mata kobau, dgn kuih 2jenis...-- ello bos...sok ko kata lak aku ni suka seksi, pakai baju ketat..padahal ko yg tapau sume ni utk aku..kot ye ko ni pun kalau ye sayang kat aku plisssss tak yah le letak makanan atas mejo den niha..eden nak slim tau..kak piah kak piah oi....

Anak Saya

ini dia gamba yg sempat aku cilok dari website. haha..ada pun kenangan anak aku masuk nasyid taska..bagus ada semangat..mcm ni la mama nak...ok g view eh...dia ni part menyanyi ke joget mmg semangat...ala mcm aku gak dolu2..


Ni la yang AKU PALING TAK TAHAN...SO DEEP FEELING dia jerit "JERITAN SUARAAAAAA"..MMG Jerit abiss u..... *sambil dua2 tangan ada kat tepi muka*

anak dara aku yg tak dok diam..oit muzik lom start lagi ok..diri dediam buleh?

ada post pandang ke atas masa nyanyi 'ooooo' dgn feeling2 - - pandai feeling tuh..tak tahan..ni la anak dara aku yg sulung..dhia qistina..merah menyala lipstik ko
wardrobe as usual dari pihak taska ler..pandai cikgu dia hias budak2 ni lagi la comel....
ada pulak antara pak-pak arab kecik yg mcm menyanyi rock je aku tgk..suke giler dpt mikropon. lawak sungguh budak2 ni n mmg funny kan?

tolonggg

sakit perut la..makan laici tadi..- - -cis bedebah punya laici..punya la sakit perut aku ni

Tuesday, May 12, 2009

adoi penat..sampai bila?

Malam tadi tido kat uma sendiri kat semenyih. Di Pandan Jaya takde air. Yang suami aku ni pun satu, takmo call mak dia dulu apa2 hal. da sampai situ baru la tahu takde air. aku dah la penat jaga budak2 ni dari balik kerja semalm 4-5 jam lepas balik kerja. suami pulak balik lambat tiap2 ari. semalam tu kira syukur la dia balik kul 10.00 malam tapi last2 sampai semenyih kul 11.10mlm..aku dah nguap2 ngantuk...ai letih betul la.sok gi kul 5.am nak bangun pagi

baju2 mmg aku dah iron siap2 utk 5 hari tinggal tudung je tak iron...so pagi tadi pun aku mandi kat uma mak aku di btr...kul 6.10am aku dah ada kat uma mak..sib baik anak2 sambung tido sbb letih...aku pun sambung tido sekali sbb tak larat...

pagi tadi, pergi kerja dari uma mak..mcm semalam jugak...hmmmm.. ada kala aku pk nak behenti kerja jaga anak2..tapi...tapi byk na tapi2nya.....aku tak yakin la aku buleh idup tanpa tak bekerja...kalau suami jenis pemurah takper..ni pun dia cukup2 je tampung life ni takkan sok aku ngada2 nak mintak apa benda aku nak...
kdg2 mcm bodoh je jadik hamba duit ni..tapi itu la realiti..kena kerja sok takde duittttt..

sampai bila nak idup mcm ni..nak beli kereta lagi satu?mana la datangnya duit nak beli kereta supaya aku buleh balik cepat ke uma sendiri, dan bukan uma org....dan lagi satu...kerja suami yg confirm balik lambat..hotel line...kalau betul kerja takpe ok je.kalau tak dan sebaliknya??ngeeee...- - - setan punya kerja ni aku terhasutttttt

kalau la korang kat tempat aku, baru la tahu mcmana life aku nih..walau pun aku sbenarnya agak tertekan tapi takde la aku nak tunjuk yg aku ni tertekan..kalau boleh gelak..aku gelak..kalau tak senyap jela..







petang ni


Semalam, balik dari ofis, mcm biasa ambil dhia di taska dia kat MJ. Kesian sgt2 tgk anak aku tergaru2 sbb kulit dia gatal. aku pun decide nak g terus klinik kassem yg betul2 slow giler servis dia, rasa nak hempuk je akak yg jaga kaunter yg muka mcm aper je bila org mintak borang nak isi..buat tak tahu je. sib baik la kat tangan aku takde air, kalau tak mmg basah dah muka tu dgn muka2 doktor kasim sekali. apa la , duit org nak tapi servis mcm celaka. ni kalau staff aku mmg dah kena dah ni..tapi memandangkan yg aku bukan bos derang, terpaksa la aku pura2 buat tak tahu padahal hati mendidih ni. aku pun mcm biasa, isi borang then kata nak mintak ubat. dorang pun ada track rekod ubat apa utk anak aku yg alahan ni. nak amek ubat pun makan masa 30 minit tu..
dhia pulak sibuk kejap2 nak g kedai..apa ko igt mama ni cap duit ke yang..aku bagi singgit je pandai2 la ko cari apa yg ko nak dgn harga singgit tu..amboi pandai lak carik ek..

lepas setengah jam yg aku rasa mcm nak hempuk akak tu sambil tgk tv3 citer matahari, ubatpun dah ready terus naik cab balik uma mak...aku bukak baju dhia tu tgk tompok2 merah da naik kat dua2 kaki dia ..adoi..very scary tau.kesian ko tgk dia tergaru2 sampai berdarah2..mak dah mula membebel..ckp mcm2 la..kata aku tak syg anak la..apa2 jelah sampai aku sakit tinger dengar...bukan aku tak syg anak, abistu dah anak aku jenis alah nak buat mcmana..takyah la ajar aku nak g hospital ke apa sume, sbbnya aku mmg dah siap get ready ni sume surat2 EL ape ni sume cuma tinggal takde masa je nak g hukm tu...tentula aku nak yg terbaik utk anak aku..nak g skin specialist bukan murah..kalau mampu takpe jugak..ni dah tahu lagi mau bising2..malas la nak layan gado kang kata derhaka lak..mula la mak nak sensitif..ei tak suka la situasi tegang yg mana aku malas betul nak ckp apa2. end up aku bagi dhia makan ubat alergi dia n sapu aqua cream.

pagi tadi tgk ada nampak kurang sikit...tapi lepas mandi mcm byk balik pulak..sian sgt la kulit budak ni.adik2 dia yang lagi 2 tu ok je kulitnya..dhia ni mmg complete mcm2 jenis sakitkulit dia kena..eiii

so petang ni, aku akan minta kat bos utk balik awal sikit nak g buat appt kat hukm.tu harusla sebulan baru boleh jumpa doktor..apa la servis pun cam apa...kalau nak mati mmg dah nak mati dah kot..eiiii geram tul la

dhia ni kalau kulit dia takde masalah (mcm gamba atas tu) mmg nampak comel sgt2 n pinkish..TAPI kalau itu sakit dtg abis la..mcm2 jenis kuar kat kulit sampai dia tak dpt nak tido tergaru2...haishhh...kesian sgt anak mama ni...alahai..

Monday, May 11, 2009

Arak halal?



Apa pendapat anda????????haiyaa....
--kalau aku taknak aku minum walau kata halal.. i sangsi !!


Syarikat Iran mahu buka kilang bir tanpa alkohol
Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya
Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud,
"Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal,
sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak.
Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?
Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
1. sanggupkah anda makan daging ayam disembelih tapi dibentuk menyerupai babi?
2. bolehkah anda sambut aidilfitri tapi memakai baju santa claus?
3. mengapa dibotol arak halal menyerupai arak haram? tak terkeliru ke dgn arak haram?
4. forum halal ni tidak dipantau majlis agama ke?
5. seksok bebudak sekolah minum arak haram pon org leh kata tu arak halal..nak wat camana dah rupa lebih kurang..
6. apa komen Majlis fatwa?...


KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif
bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran,
bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.
Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu
merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.
Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya.
"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke
negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam
dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam)
paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di
Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.
Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan
pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman.
Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk
tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara.
Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena
yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia.
Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk
mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi
sama seperti di Iran diguna di negara ini.
"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport
minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia," katanya.
Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan,
Istak akan dieksport ke Indonesia , Thailand , Singapura manakala di Vietnam
jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.
Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports
bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna,
selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan.
Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,,
mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.

Inspirasi bertudung

Dulu2, time sekolah2 masa bersekolah mmg bertudung..petang2 tudung pun lesap sehinggalah aku form 4, aku start pakai tudung bila keluar pun bertudung..kdg2/jarang x pakai tudung sbb terdesak baru la tak bertudung(biasala tu kan)..


dulu, kalau tak bertudung bila gi uma sedara mara mmg dorang pandang lain macammmm je..mcm jahattttt sgt..dan terasa dlm diri utk berubah...aku jadikan kartun kartini inspirasi aku. mmg cun la kartini tu n konon nak jadik cun mcm kartun tu ler kan..alahai..comelnya dia dlm ujang tu..aku tak pernah miss beli ujang utk santai2 gelak2..sampai la aku terbeli kaset din beramboi yg lagi la buat aku gila gelak..- - tu dulu...

lepas SPM, aku jadikkan wardina tu ha inspirasi aku pulak...ceh!nak yg cun2 je.. (mesti la kan)..adoi rasa cair je tgk minah saleh celup tu bertudung...mak ai..mmg cun.sampai la skrg aku tak pernah lufer kat warninot ni

kat atas tu ada la sikit gamba aku bertudung...tu sume time ada mood utk melawa2 dan bermekap2..

itula hasilnya. apa pun dgn bertudung aku nampak lawa.tak pakai tudung tak lawa..bertudung dpt pahala..tak bertudung doseeee

k chow

Cerita di gym


Jumaat lepas, walaupun demam sikit aku pergi gym jugak..SEMANGAT tu..nak kurus punya pasal..even aku bukan nak kurus kering pun just nak shred sket2 berat ni ha..jadik la tu..

apa yg aku buat di gym ialah exercise 2miles work by sape ntah aku pun tak tahu nama cd tu..tapi mmg best n bepeluh2 wei...syok giler dgn member2 lain kat gym tu..lepastu layan elip 10minit , pastu rasa nak pengsan...


sambil2 duduk pastu layan benda ni ha...(as pic above)..apa purpose benda ni pun aku tak tahu main hantam je buat..tapi syok..kaki tu tolak terasa ada beban berat sbb mmg ada beban kat tepi pun..best...kot utk tone kaki ke..utk lowabs ke..apun tak tahu..lalalala
esok selasa dtg lagi..jom g gym


Hepi Mothers Day




Emak, selamat hari ibu. terima kasih di atas segala susah payah emak dlm menolong akak mengharungi hidup ni. Tak dapat nak balas sume jasa2 mak pada org ni. Harap mak ampuni segala salah silap org sepanjang hidup bersama mak. org amat sayang2 kan mak dan takut kehilangan mak....(i'm speachless)...

Mak, akak tak dpt lupakan bila mak ckp masa hari raya (tak igt raya bila ) bila akak bsalam dgn mak mintak ampun (sbb aku kuat menjawab bila kena sound dgn mak hehe) yg mak ckp" ala tak payah mintak mahap la, anak2 mak takde dosa pun dgn mak " terus aku nangis..sedih wooo padahal aku sedar diri aku ni mcmana...
lagi satu..akak tak dpt lupa yg mak sanggup tunggu akak kat luar labour room utk bsalinkan dhia anak pertama ni ha....mak dok kat luar tu dari lepas magrib tu sampai la akak bsalin kul5 pagi..mak kata yg dia tak de nak g mana2 kecuali g kencing je sbb takot nak jejalan jauh..seram..mak tunggu sengsorang kat luar sampai mak kata "seram mak dok luar tu sengsorang dah le sepital tu mcm2 citer dengar...ei...sib baik faisal kejap2 kuar jenguk mak"..hehe..dah aku dgn mak ni lebih kurang penakutnya gitu...hihi..

mana aku tak sedih, mak sanggup tunggu kat luar tu dari lepas magrib sampai kul 4.30 am /5.00 am tu..sbb mak kata takde nak teman sbb faisal yg dok teman ku...aku keluar je labour room terlantar atas katil tgk2 mak ada kat muka pintu labour room tu sambil iring aku masuk wad ....hepi giler dia tgk cucu dia si dhia yg sepet ni masa tu.."ala cucu wan.."....

akak takde duit byk nak bagi hadiah yg mahal kat mak, apa pun akak tak pernah lufer kat mak ok..

utk kawan2 sekalian, tak terlambat lagi utk aku ucapkan "SELAMAT HARI EMAK" utk korang ok...ENJOYYY being a mother walaupun kdg2 ada gak naik hantoooo kat anak2...semoga kita menjadi ibu yg lebih baik dari hari ke hari..AMIN!

Friday, May 8, 2009

Exercise di gym...hua hua



hmm..citer pasal exercise pulak okeh..sbbnya berat aku naik mendadak 3 kg woo..semenjak dpt bos baru ni sume kueh2 time meeting dia mesti bagi aku, ada gift org kawen bagi aku..mana tak tembam..tapi my body solid la jadiknya...body solid ok lagi..tapi tak tahan tang PUNGGUNG KEMBANG N BOROI!..sucks!aku tak suka..


aku bukan jenih yg suka exercise atau bersukan tapi kena gak la paksa diri walau 2 kali /week tu pun dah cukup rahmat tau..tapi arap ada penurunan la (ceh kecoh lom buat dah perasan kurusss )..

oppsss!!

ish, dah sebulan rupenya aku tak update blog..bukan taknak update..ritu kena blok dr opis ni. nak update kat uma manade laptop sayang..jadik biarkan jelah begitu..akhir2 april baru la dpt tgk balik blog ni sbb x kena blok dah..wah!hepi nya diri aku ni..sungguh hepi sbb dpt masuk forum cari and so on..

sambil2 kerja, sambil baca blog org, sambil berforum...pastu gelak sorang2...ish...my opismate cukup heran kenapa aku ni suka na gelak sorang2..eh eh..dia tak baca apa yg klako dlm blog org2 yg aku singgah tu mana la nak tahu..kot kang ko yg baca mesti konpom tergelak...

aku suka singgah kat apple green punya blog..sungguh selamber dan tahap kepedasan mulut dia tu nak ikutkan mmg setara mulut aku b4 kawin yg sangat la lezer wokeh..tapi sumenya kena ubah sbb family husband aku jenis yg ala2 sopan gitteww...

k ar wei..nak blah dah..gamba pun takde yg terbaru utk upload..

apa yg penting dlm kepala otak aku skrg ni..aku nak K.U.R.U.S sbb berat i ritu dah 53kg..
OH ..T.I.D.A.K...aku takmo gemok at least dpt balik 50kg ritu pun ok la jugak

*petang ni g gym..lyn aka marazlin, jom jumpa aku petang ni kat gym ok...lumba sape byk peluh..haaha

Minggu Palestin


Hari ini adalah hari penutup utk minggu palestin yg dilangsungkan di MARA. hari ni jugak dhia masuk persembahan nasyid anak2 taska MARA. wow..so impressive dgn gaya dia yg aku sungguh tak sangka...PANDAI anak mama..

dhia berdiri lane depan, pakai jubah warna hitam dan tudung putih..SO CUTE.. ceh..pastu start muzik then dorang terus nyanyi siap aksi2..mulut dia senyumm jer... aku pun tak tahan nak gelak tgk aksi2 budak2 yg comel ni tau..pandai sungguh dorang nasyid...S.E.M.A.N.G.A.T..

APA PUN , TAHNIAH OKEH..MAMA SUKA..

*sayang la gamba takde pulak nak letak..sbbnya hp aku ilang..if ada nanti aku cilok ok..
*lupa nak bitahu...dhia menang tempat ke4 utk pertandingan mewarna minggu palestin..
adiahnya satu set pensil case power rangers..jadik ar tu...patu dpt sijil..yg penting dia hepi...